Pages

Wednesday, 20 March 2013

VITAMIN SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam....

Memang org cakap, rezeki masing-masing, tapi pujian harus diberikan kepada mereka yg tak jemu berusaha disamping berdoa kepada  Allah yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Antara yang boleh dilakukan adalah melalui pemakanan.  


Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement).  Saya tidak lah pandai untuk mengulas lebih lanjut tentang ini. Kerana saya bukan pakar.

Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai .
sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. 

 VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE

GLA

GLA ni pulak sangat penting untuk kesuburan wanita. Tahukah anda, warna lendir serviks boleh memberi petanda kesuburan wanita. Lendir serviks ni lendir yang keluar selepas kita kering darah haid. GLA membantu menghasilkan lendir yang subur, iaitu lendir yang berwarna putih jernih, nipis dan stretchy. Lendir cemni memudahkan sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio.

Lagi best, lendir cemni membolehkan sperma bertahan hingga 5 hari walaupun ovulasi belum bermula. Nanti bila telur mula dihasilkan, sperma boleh berenang ke arah telur dengan selamat tanpa banyak cabaran. Lendir yang tak subur adalah lendir yang tebal, coklat dan kering.

GLA turut membantu menstabilkan hormon, dan seterusnya membetulkan semula kitaran haid. Jadi kalau sesiapa yang ada masalah haid tak stabil, kejap sebulan datang, kejap 2 3 bulan, boleh lah amalkan GLA. Bila haid stabil insya-Allah mudah nak predict waktu subur

VIT E

Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.

ZINK

Zinc ni sangat penting especially untuk kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan sperma yang bagus mempunyai kandungan Zinc yang sangat tinggi. Zinc adalah bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar sperma dan ekor sperma yang kuat. Hanya sperma yang bagus & berkualiti dapat melepasi rintangan-rintangan berasid di dalam tubuh wanita, dan hanya sperma yang kuat dapat berenang jauh hingga bertemu dengan telur.

Zinc turut mempengaruhi jumlah sperma yang dihasilkan oleh lelaki. Lagi banyak sperma yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma.


ALFALFA

ia membantu dari segi membetulkan hormon dan kitaran haid agar menjadi teratur setiap bulan...selain itu juga ia membantu dlm menghilangkan masalah keputihan..




Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...


untuk mendapatkan set kesuburan ini dr sy bole pm sy di page or sms/whatsapp 0129045440 ni no hp sy ni yer...

kalau anda nak mendapatkan nya pada harga ahli, anda bole menggunakan id sy utk order direct terus di branch shaklee

sekian .... love you all !!!

No comments:

Post a Comment