Pages

Wednesday 27 March 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE YG MMG HOT !!!

<3 Vitamin untuk ibu berpantang<3

Salam ceria terutamannya kepada ibu-ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang...pastinya kehadiran cahayamata memberi kebahagiaan dan keceriaan yang berpanjangan dalam kehidupan rumahtangga. Anak adalah suatu anugerah yang boleh mendoakan kita sebagai ibu bapa apabila kita meninggal kelak. Anak juga merupakan pengikat kasih syg antara suami isteri.  Syukur alhamdulillah bagi mereka yang sudah mempunyai zuriat.

Ok nak cerita mengenai set berpantang SHAKLEE yg HOT ini.. Sebabnye bulan ni dah lebih 10 customer sy yg mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE  ini utk kegunaan mereka dlm tempoh berpantang.  Jangan salah anggap mengenai set berpantang ni sebab ianya totally jauh berbeza dengan set berpantang yang biasa kita temui di kedai2 seperti Tanamera, dan yang seangkatan dengannya. Saya kategorikan ia sebagai set berpantang moden. Kenapa moden? Sebab kesemua item dalam set ini adalah berbbentuk supplement! Tiada jamu, tiada pilis dan tiada herba.

Kalau tiada jamu berkesan ke nak rawat semula sistem peranakan orang perempuan?

Ok balik kepada situasi selepas melahirkan. Saya pasti semua ibu mengalami keadaan ini.
  • Kesakitan akibat luka jahitan (tak kira lah c-zer or normal...2-2 sakit tambahan plak kalau kena jahit byk sgt, mcm sy masa lahirkan azzam)
  • Badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah. Jenis org yg kurang darah mcm sy ni, mmg lemah sgt...nk bangun pegi toilet pn tak bole lagi..org lain bole je bgn tp sy smpi pengsan..
  • Emosi yang tidak stabil tambah-tambah kalau bayi kerap menangis dan tak mahu tidur malam
  • Susu badan kurang dan anak jaundice (alhamdulillah, sy tak mengalami sbb susu mmg byk utk azzam)
Tahu tak, bila keadaan ini berlaku secara berterusan, ibu mempunyai potensi untuk meroyan akibat stress yang tidak dibendung semasa berpantang. Bahayanya meroyan ini boleh memberi kesan bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada anak. malah kalau lebih teruk dan tidak dikawal, boleh membawa kepada tahap membunuh. 
Jadi, apakah senarai vitamin untuk ibu berpantang? Bagaimana ia boleh membantu ibu-ibu yang sedang berpantang supaya dapat merawat kembali badan yang lemah dan menjadikan tempoh berpantang adalah tempoh yang menggembirakan. 
Set bersalin Shaklee terdiri daripada EMPAT supplement asas iaitu:


1. Vitalea
  • zat besi dalam vitalea membantu penghasilan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa kelahiran.
  • membekalkan 23 jenis vitamin kepada badan kerana ibu berpantang sukar mendapat vitamin dalam pemakanan 
  • Memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengelakkan muka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya
2. Bcomplex
  • vitamin anti stress, jadi mengelakkan ibu-ibu dariapda meroyan 
  • berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah dan menukarkan makanan menjadi tenaga
  • memlihara kecantikan kulit kerana bcomplex boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
3. Chewable C
  • 1 bji chewable c 100mg bersamaan dengan 1 1/2 bji orange. jadi ia penting untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak 
  • vitamin c juga penting untuk pembinaan kolagen dan ekcantikan kulit
4. Zink
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • fungsi ikan haruan yang biasa diambil oelh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal..tapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai rm40
  • zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran
Apa yang menariknya set bersalin shaklee ni? Apa kelebihannya??

1- Diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang sesuai untuk tubuh kita.
2- Bahan-bahan yang bermutu tinggi memastikan bioavailability yang optimum.
3- Badan tidak perlu menguraikan bahan makanan kepada nutrien teringkas. Ini menjadikan tubuh kita 'kurang kerja'.
4- Sangat sesuai untuk penyusuan.
5- Mengelakkan meroyan.
6- Mudah dan tiada kesan sampingan.
7- Boleh dimakan sampai bila2, walaupun sudah habis pantang.
8- Juga boleh dikongsi bersama suami.
9- Bole mengelakan sembelit
10 - Bole menghilangkan sakit2 dan lenguh2 badan .. ye lar kerap kali nk bgun utk susukan bayi..
 
SET BERSALIN SHAKLEE ini sy perkenalkan pada adik ipar sy, dan alhamdulillah...masuk seminggu dia dah boleh bgn dan muka pn tak rasa pucat.  One of my customer pn mengakui kehebatan set bersalin shaklee ni memberi kesan yg positif pada dia... ramai yg ckp and tegur rupa dia nmpk berseri2...
 
JOM TENGOK TESTIMONI NI :
 

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2

 

Ada lagi satu yang menggangu ibu berpantang iaitu SEMBELIT...Satu ketakutan untuk ibu2 jika berlaku sembelit. Bagaimana nak atasi? Ibu2 boleh mengambil lebih banyak sayur dan buah2..pastikan minum lebih banyak air suam. Dan supplement yang boleh diambil jika sembelit adalah OSTEMATRIX. Selain untuk mengatasi sembelit, ostematrix sangat diperlukan kerana ibu menyusu memerlukan 1000mg kalsium sehari. 4 bji ostematrix sehari sudah cukup membekalkan keperluan harian kalsium ibu jika ibu tidak gemarkan susu. 

Bagaimana untuk mendapatkan set bersalin shaklee ini? Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan SELANGOR DAN KUALA LUMPUR. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda hari ini. 

BOLEH LIKE PAGE SY http://www.facebook.com/MamacyberVitashop
SMS/WHATSAPP 0129045440
 

Monday 25 March 2013

Bagaimana GLA shaklee Membantu anda Hamil

Menimang cahaya mata memang menjadi impian semua pasangan yang sudah berkahwin. Saya juga mengimpikan utk mendapat cahayamata dgn cpat.  Anak-anak yang bakal dilahirkan, insyaAllah akan menjadi pewaris keluarga, pengikat kasih syg antara suami isteri dan penyeri dlm rumahtangga..  Apalah istilah keluarga jika tiada cahaya mata yg menjadi pelengkap dalam Keluarga Bahagia.  Tidak dapat dinafi, bukan semua pasangan berjaya mendapatkan anak pada tahun pertama perkahwinan. Malah ada yang menunggu sehingga 10 tahun dan lebih. Namun kita sebagai manusia perlulah berusaha. Contohnya, pergi jumpa doktor dan periksa tahap kesuburan suami isteri dan mencari punca kenapa kita masih belum diberikan rezeki.  Ada pasangan yg mmg tiada masalah tetapi masih belum dikurniakan cahayamata.  Itu semua bergantung pd rezeki masing-masing.  Di sini di galakkan pasangan suami isteri utk mengambil vitamin2 yg perlu utk meningkatkan kesuburan dan memberi kesihatan yg sempurna.

Antara produk Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita ialah GLA Complex.


 Bagaimana GLA Complex membantu kehamilan? Jom saya kongsikan.
GLA (Gamma Linolenic Acid) menurukan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA Complex adalah perlu.
Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu  seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakini sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegiti subur. Di sinila fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falapio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 <3
 
 Antara kelebihan GLA adalah:

- membantu mengawal hormon dan kitaran haid
- membantu meningkat kesuburan bagi mereka yang sukar mendapatkan anak.
- melegakan PMS
- membantu dalam menangani monipouse
- menguatkan kuku dan rambut
- menjadikan kulit lebih berseri
- membantu menangani ekzema'
- melegakan simptom artritis reumatoid
- mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- menguatkan imuniti tubuh
- melambatkan proses penuaan
- mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- mengawal kencing manis dan darah tinggi
- mengawal kolesterol
- untuk fungsi saraf
 
 Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan.

Untuk itu penting mengenali 'cecair kesuburan' kita ini.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA Complex? Jawapannya TIDAK. GLA Complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur ^-^.

Ada apa dalam GLA Complex? Dalam GLA complex terdapat GLA (asid linolenik gama), Vitamin E & Minyak Bunga Matahari. GLA digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Minyak benih bunga matahari adalah satu sumber lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kesimpulannya,

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap.
utk sebarang info or utk order bole like page sy http://www.facebook.com/MamacyberVitashop
sms/whatsapp 0129045440.

enjoy!!!

Thursday 21 March 2013

SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG

 

Kepentingan Nutrisi untuk Ibu Mengandung dan Menyusu

Assalamualaikum..
Kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita sebelum dan selepas kehamilan mempunyai kesan terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar. Oleh itu ibu yang hamil dan menyusu harus mengambil nutrisi yang lengkap bagi memastikan bayi mereka membesar dengan sihat dan bebas daripada sebarang komplikasi.

Mengapa nutrisi penting sewaktu kehamilan?

  • Kesihatan ibu – berupaya mengandung bayi sehingga lahir
  • Perkembangan bayi sihat
  • Kelahiran tanpa komplikasi
  • Proses pemulihan cepat (sewaktu pantang)

Mengapa nutrisi penting semasa pantang?

  • Pemulihan
  • Pengeluaran susu
  • Mengurangkan penyakit pada bayi
  • Meningkatkan keadaan kesihatan (osteoporosis,bahu/sakit punggung)
Shaklee menawarkan nutrisi penting bagi ibu sepanjang tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi.
 
 
Vitamin Untuk Ibu Mengandung
---------------------------------------

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Osteomatrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

OmegaGuard : membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

ESP : Membantu ibu- ibu mengandung untuk kekal cergas setiap hari. Dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada ibu mengandung serta dapat menghilangkan rasa loya kerana perut kosong.Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
 
untuk sebarang pertanyaan dan order bole pm sy di fan page sy http://www.facebook.com/MamacyberVitashop 
or sms/whatsapp 0129045440 (mastura).
 
enjoy!!!

Wednesday 20 March 2013

VITAMIN SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam....

Memang org cakap, rezeki masing-masing, tapi pujian harus diberikan kepada mereka yg tak jemu berusaha disamping berdoa kepada  Allah yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Antara yang boleh dilakukan adalah melalui pemakanan.  


Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement).  Saya tidak lah pandai untuk mengulas lebih lanjut tentang ini. Kerana saya bukan pakar.

Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai .
sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. 

 VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE

GLA

GLA ni pulak sangat penting untuk kesuburan wanita. Tahukah anda, warna lendir serviks boleh memberi petanda kesuburan wanita. Lendir serviks ni lendir yang keluar selepas kita kering darah haid. GLA membantu menghasilkan lendir yang subur, iaitu lendir yang berwarna putih jernih, nipis dan stretchy. Lendir cemni memudahkan sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio.

Lagi best, lendir cemni membolehkan sperma bertahan hingga 5 hari walaupun ovulasi belum bermula. Nanti bila telur mula dihasilkan, sperma boleh berenang ke arah telur dengan selamat tanpa banyak cabaran. Lendir yang tak subur adalah lendir yang tebal, coklat dan kering.

GLA turut membantu menstabilkan hormon, dan seterusnya membetulkan semula kitaran haid. Jadi kalau sesiapa yang ada masalah haid tak stabil, kejap sebulan datang, kejap 2 3 bulan, boleh lah amalkan GLA. Bila haid stabil insya-Allah mudah nak predict waktu subur

VIT E

Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.

ZINK

Zinc ni sangat penting especially untuk kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan sperma yang bagus mempunyai kandungan Zinc yang sangat tinggi. Zinc adalah bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar sperma dan ekor sperma yang kuat. Hanya sperma yang bagus & berkualiti dapat melepasi rintangan-rintangan berasid di dalam tubuh wanita, dan hanya sperma yang kuat dapat berenang jauh hingga bertemu dengan telur.

Zinc turut mempengaruhi jumlah sperma yang dihasilkan oleh lelaki. Lagi banyak sperma yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma.


ALFALFA

ia membantu dari segi membetulkan hormon dan kitaran haid agar menjadi teratur setiap bulan...selain itu juga ia membantu dlm menghilangkan masalah keputihan..




Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...


untuk mendapatkan set kesuburan ini dr sy bole pm sy di page or sms/whatsapp 0129045440 ni no hp sy ni yer...

kalau anda nak mendapatkan nya pada harga ahli, anda bole menggunakan id sy utk order direct terus di branch shaklee

sekian .... love you all !!!